Hmmm.. sejak lama hendak menulis. Dengan teknologi moden yang serba canggih, ternyata menulis menjadi semakin menarik. Namun, masa amat terhad. Minat dan kecenderungan kian lama kian terkubur. Tanpa disedari, dunia penulisan dalam laman sosial seperti ini sudah jauh ke depan meninggalkanku.

Dua hari lepas sahabat lamaku, Al menghubungi melalui FB. Wah... seronoknya! Al antara yang rapat semasa di tingkatan 6. Berbeza dengan Meg, Al lebih skima (istilah yang kupinjam daripada sahabatku Ras di pejabat). Al bertanya sama ada aku arif tentang pemergian Roy ke rahmatullah. Ya, aku tahu... dah lama dah... semoga rohnya dalam rahmat Allah selalu. Aku menantikan kenalan lama mengetuk ruang FBku, tetapi ke mana mereka semua ya?

Dalam mengisi sedikit ruang yang ada, RIZstudio bertujuan menghimpunkan segala minat yang dipupuk sejak lama. Ini ialah hasil sentuhan ketika menyiapkan hantaran pertunangan cikgu Adam dengan Nadia. Dipaparkan satu daripada lima yang dihasilkan. Ini ialah lipatan lace yang bekasnya disediakan oleh tuan rumah. Gubahan ini diserikan mawar dan carnation segar warna pastel merah jambu.